CINTA DALAM CINTA
BAB 3
m/s 5
Aku nak pakai baju yang mana ni…esok dah
ahad..dinner..selama 45 minit Jay cari baju, akhirnya dia jumpa juga baju yang
dia nak pakai..aku rasa yang ni sesuai kot..ok, iron baju sekarang…eh macam tak
sabar je…hahaha….semasa nak pergi iron baju ibu Jay mengusik Jay. “macam tak
sabar je anak ibu ni nak pergi dinner esok..hahaha..’’ “apa ibu ni…esok siang
ada hal la, nanti tak sempat nak iron baju ni..’’ cuba bela diri. “yela
tu…tengok-tengok esok tak keluar pun..” usik lagi. “lalalalala…..tak dengar….”
Malas layan..nanti lagi teruk kena usik.
“Hazid. Kau pakai baju melayu warna apa esok?..” soal Amar
“ aku pakai baju melayu yang tergantung tu la..dah siap iron tadi.” Jawab Hazid
bersahaja “amboi,cepat nampak..tahu la esok dating terus..” usik Amar
“hahaha…..tahu tak apa…” senyum terus.. “kau pergi dengan siapa Amar esok?”
soal Hazid pula “esok aku pergi dengan Nisa la..my special girlfriend..takkan
orang lain pula..” jawab Amar “saja je aku tanya, kot la kau pergi dengan yang
baru ke..” saja usik Amar walaupun tahu Amar seorang yang setia. Amar terus
baling bantal kecil yang menjadi hiasan di ruang tamu rumah tersebut.
Jay bersiap-siap setelah mandi..yela, nak pergi dinner
kan..semalaman dia berdebar-debar bila fikir tentang dinner..Jay memilih baju
kurung moden warna biru dan bercorak abstract, dengan pandanan shawl berwarna
cream. “Ibu, kasut ape nak pakai ye?” soal Jay setelah turun ke ruang tamu “
amboi anak ibu, cantiknye….” Gurau pula… “ibu…………….” Geram Jay “ada kat pintu
tu la..ibu dah pilih yang sesuai dengan baju tu” jawab ibu Jay “nanti
hati-hati, apa-apa hal call kami terus..jaga adab..bila dah sampai sana mesej
ibu..tak adalah ibu fikir bukan-bukan..” sambung ibu Jay lagi “baik ibu…saya
menurut perintah..” jawab Jay sambil gurau.
Tiba-tiba mereka terdengar bunyi loceng rumah berbunyi..
“ha. Dah sampai kot..biar ibu buka pintu…” terus bangun ibu Jay. Jay terus
berdebar-debar…aduh kenapa berdebar-debar ni..
Selepas ibu Jay buka
pintu, terus berbisik kat Jay “cantik kereta dia, Honda baru tu..” “ibu jangan
mulakan..” amaran dari Jay, nanti kena usik lagi. Selepas pintu pagar dibuka,
Jay pun keluar dan memakai kasut. Hazid datang dengan senyuman dan sehelai
kertas, terpati janji.. “Assalamualaikum makcik..pakcik..” Hazid memberi salam.
Mereka pun menjawab salam dan senyum..Hazid menghulur tangan untuk bersalam,
adab. “pakcik..makcik..saya nak minta kebenaran nak bawa Jay teman saya pergi
dinner..boleh?..saya janji, sebelum pukul 12 saya hantar Jay balik.” Hazid
bersuara “boleh,tapi janji jaga anak pakcik elok-elok..kalau apa-apa jadi kat
dia, pakcik sekeluarga akan ambil tindakan..” jawab ayah Jay “baiklah..saya
janji akan jaga anak pakcik elok-elok, ni salinan i/c saya dan ni i/c betul
saya..pakcik boleh tengok..” Hazid menghulurkan kertas tersebut. Selepas ayah
dan ibu Jay tengok dengan betul-betul..mereka senyum dan memberi balik i/c
Hazid dan menyimpan salinan i/c Hazid sahaja. “baju sama warna nampak, janji
ke?” ibu Jay berbisik. Jay terus membuat muka geram..
“Awak cantik malam ni..kebetulankan
kita baju sama warna malam ni..” Hazid memuji setelah mereka masuk ke dalam
kereta. Merah pipi Jay..tapi memang betul pun, sama warna.. “mungkin…err…dinner
ni kat mana ye? Soal Jay, dalam hati, kacak jugak dia dengan baju melayu warna
biru lembut..hai…macam mana la boleh sama warna… “dinner ni kat Hotel Royeal
Bintang And Spa.” Jawab Hazid dengan senyuman..senyuman dia tu la yang buat
muka Jay merah. “awak malu ek?..merah muka tu kenapa?” soal Hazid walhal dia
dah tahu kenapa merah.. “ha? Merah ke?.. mana ada segan..” malunya…lagi
bertambah la merah kat muka Jay dan lagi bertambah la senyuman Hazid. “awak
masih belajar ke?..” “ye,saya masih belajar..sem 6 dah pun..Cuma, sekarang
tengah cuti semester.” “oh…kira sekarang umur awak….21 kan?” Hazid cuba meneka.
“yup, 21. Awak pula?..kerja? and memang asal sini ke?” Jay bersuara tenang
“saya memang asal Melaka, tinggal kat negeri Sembilan. Saya kerja dah, dah 7
bulan kerja.. umur 23. Awak asal sini juga ke?” “kerja kat mana ye..? saya asal
sini je..” “kerja kat Ingress Corporation Berhad..kat Nilai.” Hazid memandu
dengan tenang. Jay hanya senyum sahaja..
“Hazid…datang juga kau..aku ingat tak nak datang tadi.”
Imran bersalaman dengan Hazid..Jay hanya senyum.. “bila masa kau boleh lekat
dengan girl ni?..buah hati ke?” bisik Imran.. “cantik tak?” bisik pula Hazid.
“memang cantik la..nasib aku dah kahwin..” Imran membalas.. apa diorang sembang
ni..bisik-bisik pula.. “Imran,kenalkan ni Jay..Nana..ni Jay..” Hazid kenalkan
Jay dengan Imran dan isteri.. Jay dan Nana bersalaman… “eh, korang pergi duduk
dulu..majlis dah nak mula..” Hazid dan Jay pun berlalu.. sementara tu Jay
terasa ada orang pandang dia..Dia pun macam tercari-cari.. “awak, okay ke?”
soal Hazid pelik. “okay, Cuma rasa macam ada orang pandang saya je..” luah Jay
“yeke?” Hazid pun cuba lihat sekeliling..dan.. “saya rasa perempuan tu kot
pandang awak..agak je la..” Hazid menunjukkan dengan sudu. “tu….perempuan baju
merah tu ke?” “yup, baju merah, tapi tak tahu la betul ke tak..” jawab Hazid
lagi. Jay cuba tenung dengan betul-betul… “tu… Ryna.” Jay bersuara perlahan.
“apa awak cakap?” “tak…tak ada apa…” jawab Jay. Tu Ryna, musuh ketat aku, Kat
and Sha. Apa dia buat kat sini? Eh,mesti dia kenal kawan Hazid. Erm…Biar la
dia..malas ambil tahu. Jay bersuara dalam hati.
“Saya dah sampai..”
Jay menghantar mesej kat ibu dia. “awak jom ambil makanan.” Hazid mengajak..aku
ikut je..tengok syok-syok pilih makanan.. “err…awak, tolong saya ambik buah
tembikai tu boleh?” suara Ryna ni. Hazid berwajah pelik, bukan ke depan
dia..kenapa nak minta tolong lagi?. Disebabkan terlalu lama tunggu and dengan
wajah pelik Hazid..Ryna ambik sendiri..malu la tu…senyum terus aku..hahaha…
“tangan dia pendek ke awak?” soal Hazid “yela kot..” aku senyum kat Hazid..
“jangan senyum macam tu, tak boleh tidur pula saya malam ni nanti.” Gurau
Hazid.. “saya buat muka masam baru tahu” balas Jay. Selang 4 meja dari tempat
mengambil makanan, Ryna memandang dengan berwajah geram, marah and malu.
Hazid lihat jam..dah pukul 10.15 “awak jom balik
la..nanti lewat pula saya hantar balik..” ajak Hazid.. Jay hanya mengangguk
kepala, setelah mereka jumpa Imran dan isteri..mereka mengucap tahniah, berterima
kasih dan meminta diri untuk pulang..semasa di dalam kereta, Jay curi-curi
pandang Hazid..dia memandu dengan tenang walaupun badan penat.. “curi-curi
pandang saya ye…” usik Hazid.. “eh, mana ada..” merah muka balik “hahaha…saya
nampak la awak curi-curi pandang saya…” lagi merah muka Jay “awak….awak kenal
ke perempuan tadi tu? Macam pelik je perangai dia..saya perasan dia pandang awak
je..” tanya Hazid “dia…erm…ntah…malas cakap pasal dia..” Hazid hanya diam..tapi
dia dapat rasakan perempuan tu bukan kawan Jay..tetapi lain..
“Awak, tolong ambil kotak kecil kat tempat
duduk belakang tu..” Hazid memancing.. Jay pun lihat ke belakang dan ambil
kotak tersebut.. “ni ke?” soal Jay “yup..ha, kotak kecil ni untuk awak..balik
nanti terus buka dan bagi tahu awak suka ke tak..ok?” Jay bermuka blur,
tergelak terus Hazid “hahaha…kelakar la awak ni…sampai rumah nanti buka tau…buat
muka comel pula..” merah terus muka Jay. Dalam hati Hazid, awak memang comel…
“Terima kasih tau hantar saya balik..” ucap Jay setelah
sampai rumah “eh, saya yang ajak mesti la saya yanga hantar..family awak
mana..ruang tamu dah gelap tu..” soal Hazid “dah tidur kot..” “tak apalah,
kirim salam kat family awak..dan cakap terima kasih..buka tau hadiah tu..saya
tunggu awak mesej saya kejap lagi..dan terima kasih sebab sudi teman saya hari
ni…” jangan senyum Hazid…aura tu buat muka saya merah la..Jay bersuara dalam hati.
“ok, selamat malam..hati-hati bawa kereta..” “saya tak bawa kereta, saya
memandu kereta..hahaha” usik “sama la tu..dah, hati-hati…selamat malam.”
“selamat malam awak..” Jay menutup pintu kereta dan membuka pintu pagar
rumah..Hazid menunggu hingga Jay masuk ke dalam rumah, dan dia berlalu pulang
ke rumah dengan hati berbunga-bunga.
Selepas Jay sudah mandi, dia berbaring di atas katil..dan
terpandang kotak kecil..Jay bangun dan ambil kotak tu. Selepas duduk semula di
atas katil, Jay membuka kotak tersebut. Tersenyum Jay.. di dalam kotak kecil tu
ada patung teddy bear kecil untuk gantung di handphone dengan card kecil yang
berlipat. Comelnya bear ni…. Jay pun ambil card tu dan membaca nya…
Simple je tulis.
“saya
happy kenali awak gadis comel.”
Ikhlas
dari Hazid (jejaka korea)
“Terima kasih
awak…saya pun happy dan….saya sukakannya…comel bear tu..” Jay menekan
butang send. “sama-sama gadis comel
hihihi…good night..” Hazid pun membalas.. “Hazid kau tengah in love la…”
Hazid bersuara seorang diri di dalam bilik.
No comments:
Post a Comment