Pages

16 May 2014

WEDDING IS WEDDING

yeahh...kenduri...dah lama tak pergi kenduri..balik dari melaka..ada kenduri my bff..memang nak pergi...bila girlz je ada kat situ..mula la..bermonopod la kita...huhu kekal hingga akhir hayat...
*Jadikan pengajaran(sendiri)












Assalamualaikum Semua

Hai...ok di sini saya nak ber'story sikit..semasa saya nak pulang or kembali ke Perak..ada sesuatu yang mengejutkan saya iaitu my lovely BFF ikut my familt datang melaka ambik saya..OMG!!...sangat saya hargai....Walaupun dia busy dengan kerja..tetap ada masa untuk saya..zueren..itu lah my bff..sayang kamu jue...and now adalah masa untuk mencari kerja..susah betul nak dapat kerja sekarang..ape2 pun..thanks for everything jue.. 17 tahun mengenali mu...
 *sila2 la lihat kenangan di bawah..sorry kalau pic. tak cantik..










5 Apr 2014

cinta aku

Aku menunggu setiap jawapan mu..sekiranya kau masih tidak tahu..sku sedia undur diri..aku sedar betapa sakit peritnya apabila meninggalkan orang yang kita sayang tanpa rela..akan tetapi..aku tidak sanggup mengalir air mata ini lagi..setiap hari..waktu dan ketika..
aku memikirkan dirimu, hubungan kita, masalah kita serta dia yang telah kembali..
janganlah kau seksa diriku lagi..kerana aku tidak sekuat dirimu..
aku mencintai dirimu..
merindui dirimu..
sekiranya aku mampu buang perasaan ini secapat mungkin..telah ku lakukan..tetapi, ia sukar..
ku sayang padamu..
kerana ALLAH aku mengenali dirimu
kerana ALLAH aku bertemu dirimu
kerana ALLAH aku merindui dirimu
kerana ALLAH aku mencintai dirimu
kerana ALLAH sebaik-baik perancang..



fina

DISEBALIK SENYUMAN INI

Tersimpan seribu rasa di hati ni.. :'(

\


Isi hati ku

   Rindu nya aku padamu...entah kau tahu atau tidak, mengertikah kau akan maksud rinduku ini...sungguh sakit apabila rindu ini hadir di jiwa ku ini...hanya DIA yang maha berkuasa mengerti..Mengapa betitu cepat kekasih lamamu kembali...aku sedar cinta kita baru nak berputik di taman rindu..akan tetapi,aku begitu mencintaimu seikhlas hati..
    Sakit hati ini...aku tidak sanggup melepaskan mu...akan tetapi, apabila aku bersedia melepaskan mu..mengapa dirimu tidak mahu melepaskan diri ku..aku tahu bahawa diri mu sukar melepaskan segalanya dengan begitu mudah..akan tetapi,aku tidak mahu disakiti lagi..aku tidak mahu berkongsi cinta rindu suka dan duka..tidak kah kau mengerti??....
    Jangan kau pergi tinggalkan aku...aku sedar sukarnya melepaskan dirimu untuknya yang melepaskan diri mu sekian lama dahulu...kini, dia hadir untuk menanggih cintamu yang telah kau berikan untuk ku...perlukah aku kembalikan padanya?..tidak mungkin..aku tidak mahu terjadi lagi seperti dahulu..melepaskan orang yang aku sayang kepada orang lain..
    Mengapa perkara begini terjadi lagi...Hanya padaMU YA ALLAH aku berdoa, bersera dan bertawakal...aku begitu menyayanginya sepenuh hati..seikhlas hati...aku tidak tahu untuk lakukan apa lagi..orang tua ku mula menyukai akan sikap dan cara permikiran nya..
    Dia hanya berdiam apabila aku bersuara akan perkara ini...aku tak nak di anggap terhengeh-hengeh..aku sedar aku tidak secantik dirinya..tetapi, aku juga mempunyai perasaan syang cinta rindu...sakit untuk aku hadapi semua ini...aku mencintai dirimu... YA ALLAH...
    Bantulah aku untuk hilangkan perasaan ini YA ALLAH sekiranya dia sudah di takdirkan bukan jodoh ku...sekiranya dia adalah jodoh ku YA ALLAH..kau teguhkanlah perasaan cinta dan kasih sayang kami, berkatilah kehidupan kami, ikatlah kami dengan ikatan yang halal agar kami jauh dari segala kemungkaran YA ALLAH...dan kau berikanlah kami kegembiraan kebahagiaan dunia akhirat dan hingga Jannah...AMIN....
    Kepadamu orang yang aku cintai, sayangi dan rindui...aku mencintai dirimu sepenuh hati...merindui mu seikhlas hati..aku tahu ALLAH yang hadirkan perasaan ini..DIA adalah sebaik-baik perancang..mampukah aku menahan air mata ini mengalir apabila merinduimu dan mengingati kata-kata diri mu "ex mcj nak hubungan mcm dulu"... YA ALLAH sakitnya bila aku dengar..mengalir air mata ini..aku sedar dia adalah cinta pertama diri mu..tetapi..kita di alam realiti..aku bersama dirimu kini..aku didepanmu kita..bukan dia..
   Aku ingin menjadi perempuan yang kuat..bukan lemah selemahnya seperti dahulu..mudah dikecewakan..aku juga bukan sampah yang mudah dikutip dan dibuang...aku ingin jumpa diri mu..mengapa kau sperti melarikan diri?..walhal, kau tak nak lepaskan diri ku..tolong la fahami aku...
   Mengertilah kau akan apa yang aku rasai kini..
                                                   Coretan FINA

30 Jan 2014

sepetang bersama


Disini, saya nak story sikit...maksud sepetang bersama adalah..meluangkan masa bersama..walaupun kami kekurangan lagi seorang iaitu hana.tapi kami tetap berhubung.. *rindu kau hana*.
dalam banyak2 gambar..saya paling suka gambar number 2 tu..sebab nampak macam rapatnya satu hubungan antara adik n kakak or saudara Islam...
hai...tak tahu la kalau kami berpisah lepas ni..nanti semua busy,susah nak jumpa dah..harap2 bulan 4 nanti jadi la kita jumpa..termasuk la cik adik manis..*hana*....sayang korang.













                                                           
                                                                                                                                          -SHS-

10 Jan 2014

NOVEL CINTA DALAM CINTA

CINTA DALAM CINTA

                                              BAB 3
                                                                                           m/s 5

       Aku nak pakai baju yang mana ni…esok dah ahad..dinner..selama 45 minit Jay cari baju, akhirnya dia jumpa juga baju yang dia nak pakai..aku rasa yang ni sesuai kot..ok, iron baju sekarang…eh macam tak sabar je…hahaha….semasa nak pergi iron baju ibu Jay mengusik Jay. “macam tak sabar je anak ibu ni nak pergi dinner esok..hahaha..’’ “apa ibu ni…esok siang ada hal la, nanti tak sempat nak iron baju ni..’’ cuba bela diri. “yela tu…tengok-tengok esok tak keluar pun..” usik lagi. “lalalalala…..tak dengar….” Malas layan..nanti lagi teruk kena usik.
           
            “Hazid. Kau pakai baju melayu warna apa esok?..” soal Amar “ aku pakai baju melayu yang tergantung tu la..dah siap iron tadi.” Jawab Hazid bersahaja “amboi,cepat nampak..tahu la esok dating terus..” usik Amar “hahaha…..tahu tak apa…” senyum terus.. “kau pergi dengan siapa Amar esok?” soal Hazid pula “esok aku pergi dengan Nisa la..my special girlfriend..takkan orang lain pula..” jawab Amar “saja je aku tanya, kot la kau pergi dengan yang baru ke..” saja usik Amar walaupun tahu Amar seorang yang setia. Amar terus baling bantal kecil yang menjadi hiasan di ruang tamu rumah tersebut.

           
            Jay bersiap-siap setelah mandi..yela, nak pergi dinner kan..semalaman dia berdebar-debar bila fikir tentang dinner..Jay memilih baju kurung moden warna biru dan bercorak abstract, dengan pandanan shawl berwarna cream. “Ibu, kasut ape nak pakai ye?” soal Jay setelah turun ke ruang tamu “ amboi anak ibu, cantiknye….” Gurau pula… “ibu…………….” Geram Jay “ada kat pintu tu la..ibu dah pilih yang sesuai dengan baju tu” jawab ibu Jay “nanti hati-hati, apa-apa hal call kami terus..jaga adab..bila dah sampai sana mesej ibu..tak adalah ibu fikir bukan-bukan..” sambung ibu Jay lagi “baik ibu…saya menurut perintah..” jawab Jay sambil gurau.
            Tiba-tiba mereka terdengar bunyi loceng rumah berbunyi.. “ha. Dah sampai kot..biar ibu buka pintu…” terus bangun ibu Jay. Jay terus berdebar-debar…aduh kenapa berdebar-debar ni..
Selepas ibu Jay buka pintu, terus berbisik kat Jay “cantik kereta dia, Honda baru tu..” “ibu jangan mulakan..” amaran dari Jay, nanti kena usik lagi. Selepas pintu pagar dibuka, Jay pun keluar dan memakai kasut. Hazid datang dengan senyuman dan sehelai kertas, terpati janji.. “Assalamualaikum makcik..pakcik..” Hazid memberi salam. Mereka pun menjawab salam dan senyum..Hazid menghulur tangan untuk bersalam, adab. “pakcik..makcik..saya nak minta kebenaran nak bawa Jay teman saya pergi dinner..boleh?..saya janji, sebelum pukul 12 saya hantar Jay balik.” Hazid bersuara “boleh,tapi janji jaga anak pakcik elok-elok..kalau apa-apa jadi kat dia, pakcik sekeluarga akan ambil tindakan..” jawab ayah Jay “baiklah..saya janji akan jaga anak pakcik elok-elok, ni salinan i/c saya dan ni i/c betul saya..pakcik boleh tengok..” Hazid menghulurkan kertas tersebut. Selepas ayah dan ibu Jay tengok dengan betul-betul..mereka senyum dan memberi balik i/c Hazid dan menyimpan salinan i/c Hazid sahaja. “baju sama warna nampak, janji ke?” ibu Jay berbisik. Jay terus membuat muka geram..
           
“Awak cantik malam ni..kebetulankan kita baju sama warna malam ni..” Hazid memuji setelah mereka masuk ke dalam kereta. Merah pipi Jay..tapi memang betul pun, sama warna.. “mungkin…err…dinner ni kat mana ye? Soal Jay, dalam hati, kacak jugak dia dengan baju melayu warna biru lembut..hai…macam mana la boleh sama warna… “dinner ni kat Hotel Royeal Bintang And Spa.” Jawab Hazid dengan senyuman..senyuman dia tu la yang buat muka Jay merah. “awak malu ek?..merah muka tu kenapa?” soal Hazid walhal dia dah tahu kenapa merah.. “ha? Merah ke?.. mana ada segan..” malunya…lagi bertambah la merah kat muka Jay dan lagi bertambah la senyuman Hazid. “awak masih belajar ke?..” “ye,saya masih belajar..sem 6 dah pun..Cuma, sekarang tengah cuti semester.” “oh…kira sekarang umur awak….21 kan?” Hazid cuba meneka. “yup, 21. Awak pula?..kerja? and memang asal sini ke?” Jay bersuara tenang “saya memang asal Melaka, tinggal kat negeri Sembilan. Saya kerja dah, dah 7 bulan kerja.. umur 23. Awak asal sini juga ke?” “kerja kat mana ye..? saya asal sini je..” “kerja kat Ingress Corporation Berhad..kat Nilai.” Hazid memandu dengan tenang. Jay hanya senyum sahaja..
           
            “Hazid…datang juga kau..aku ingat tak nak datang tadi.” Imran bersalaman dengan Hazid..Jay hanya senyum.. “bila masa kau boleh lekat dengan girl ni?..buah hati ke?” bisik Imran.. “cantik tak?” bisik pula Hazid. “memang cantik la..nasib aku dah kahwin..” Imran membalas.. apa diorang sembang ni..bisik-bisik pula.. “Imran,kenalkan ni Jay..Nana..ni Jay..” Hazid kenalkan Jay dengan Imran dan isteri.. Jay dan Nana bersalaman… “eh, korang pergi duduk dulu..majlis dah nak mula..” Hazid dan Jay pun berlalu.. sementara tu Jay terasa ada orang pandang dia..Dia pun macam tercari-cari.. “awak, okay ke?” soal Hazid pelik. “okay, Cuma rasa macam ada orang pandang saya je..” luah Jay “yeke?” Hazid pun cuba lihat sekeliling..dan.. “saya rasa perempuan tu kot pandang awak..agak je la..” Hazid menunjukkan dengan sudu. “tu….perempuan baju merah tu ke?” “yup, baju merah, tapi tak tahu la betul ke tak..” jawab Hazid lagi. Jay cuba tenung dengan betul-betul… “tu… Ryna.” Jay bersuara perlahan. “apa awak cakap?” “tak…tak ada apa…” jawab Jay. Tu Ryna, musuh ketat aku, Kat and Sha. Apa dia buat kat sini? Eh,mesti dia kenal kawan Hazid. Erm…Biar la dia..malas ambil tahu. Jay bersuara dalam hati.

            “Saya dah sampai..” Jay menghantar mesej kat ibu dia. “awak jom ambil makanan.” Hazid mengajak..aku ikut je..tengok syok-syok pilih makanan.. “err…awak, tolong saya ambik buah tembikai tu boleh?” suara Ryna ni. Hazid berwajah pelik, bukan ke depan dia..kenapa nak minta tolong lagi?. Disebabkan terlalu lama tunggu and dengan wajah pelik Hazid..Ryna ambik sendiri..malu la tu…senyum terus aku..hahaha… “tangan dia pendek ke awak?” soal Hazid “yela kot..” aku senyum kat Hazid.. “jangan senyum macam tu, tak boleh tidur pula saya malam ni nanti.” Gurau Hazid.. “saya buat muka masam baru tahu” balas Jay. Selang 4 meja dari tempat mengambil makanan, Ryna memandang dengan berwajah geram, marah and malu.

            Hazid lihat jam..dah pukul 10.15 “awak jom balik la..nanti lewat pula saya hantar balik..” ajak Hazid.. Jay hanya mengangguk kepala, setelah mereka jumpa Imran dan isteri..mereka mengucap tahniah, berterima kasih dan meminta diri untuk pulang..semasa di dalam kereta, Jay curi-curi pandang Hazid..dia memandu dengan tenang walaupun badan penat.. “curi-curi pandang saya ye…” usik Hazid.. “eh, mana ada..” merah muka balik “hahaha…saya nampak la awak curi-curi pandang saya…” lagi merah muka Jay “awak….awak kenal ke perempuan tadi tu? Macam pelik je perangai dia..saya perasan dia pandang awak je..” tanya Hazid “dia…erm…ntah…malas cakap pasal dia..” Hazid hanya diam..tapi dia dapat rasakan perempuan tu bukan kawan Jay..tetapi lain..
          “Awak, tolong ambil kotak kecil kat tempat duduk belakang tu..” Hazid memancing.. Jay pun lihat ke belakang dan ambil kotak tersebut.. “ni ke?” soal Jay “yup..ha, kotak kecil ni untuk awak..balik nanti terus buka dan bagi tahu awak suka ke tak..ok?” Jay bermuka blur, tergelak terus Hazid “hahaha…kelakar la awak ni…sampai rumah nanti buka tau…buat muka comel pula..” merah terus muka Jay. Dalam hati Hazid, awak memang comel…

            “Terima kasih tau hantar saya balik..” ucap Jay setelah sampai rumah “eh, saya yang ajak mesti la saya yanga hantar..family awak mana..ruang tamu dah gelap tu..” soal Hazid “dah tidur kot..” “tak apalah, kirim salam kat family awak..dan cakap terima kasih..buka tau hadiah tu..saya tunggu awak mesej saya kejap lagi..dan terima kasih sebab sudi teman saya hari ni…” jangan senyum Hazid…aura tu buat muka saya merah la..Jay bersuara dalam hati. “ok, selamat malam..hati-hati bawa kereta..” “saya tak bawa kereta, saya memandu kereta..hahaha” usik “sama la tu..dah, hati-hati…selamat malam.” “selamat malam awak..” Jay menutup pintu kereta dan membuka pintu pagar rumah..Hazid menunggu hingga Jay masuk ke dalam rumah, dan dia berlalu pulang ke rumah dengan hati berbunga-bunga.

            Selepas Jay sudah mandi, dia berbaring di atas katil..dan terpandang kotak kecil..Jay bangun dan ambil kotak tu. Selepas duduk semula di atas katil, Jay membuka kotak tersebut. Tersenyum Jay.. di dalam kotak kecil tu ada patung teddy bear kecil untuk gantung di handphone dengan card kecil yang berlipat. Comelnya bear ni…. Jay pun ambil card tu dan membaca nya…
Simple je tulis.

 “saya happy kenali awak gadis comel.”
  
   Ikhlas dari Hazid (jejaka korea)

            “Terima kasih awak…saya pun happy dan….saya sukakannya…comel bear tu..” Jay menekan butang send. “sama-sama gadis comel hihihi…good night..” Hazid pun membalas.. “Hazid kau tengah in love la…” Hazid bersuara seorang diri di dalam bilik.